Thursday, September 26, 2013

TIPS DAN TRIK BELAJAR YANG EFEKTIF


hoyeaahhh..! tak lame lagi kita semua bakal menduduki peperiksaan akhir kan?? jadi, tak salah rasanya kalau saya nak share sedikit tips dengan anda semua.. huhu... jom!

1. Jangan paksa belajar pada satu kegiatan
Bagi warga pelajar yang istiqamah (rutin) belajar, ia akan meluangkan waktu setiap hari meskipun sebentar untuk mengulangkaji pelajaran, latihan atau sekadar membaca apa sahaja. Kebiasaannya hal ini adalah sangat baik, jika dilakukan setiap hari. Oleh itu, lebih baik kita belajar satu sesi menjelang ujian, atau semester. seperti kata pepatah: “Sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.” Dalam erti kata lain, awal-awal kita belajar dulu, sebelum pensyarah ajar benda yang baru. Sekurang-kurangnya semasa pensyarah dok ajar kat depan, kita sudah faham sedikit, kan? Jadi, senanglah untuk kita bersoal jawab dengan pensyarah nanti.

2. Belajar memiliki jadual sendiri
Rencana belajar maksudnya adalah memiliki jadual-jadual belajar di luar sekolah. Buatlah jadual belajar harian, mingguan jam demi jam. Lalu kita usahakan dengan tegas, dan tepati semua jadual yang kamu buat. Bagi warga belajar yang tidak teratur, biasanya tidak sebagus yang memiliki rencana dan rutin belajar. Jadi, bila kita dah ada jadua belajar sendiri, perlulah patuhinya.. Nak tahu sebabnya? sebabnya,, dari situlah kita akan jadi seorang yang disiplin dalam belajar, dan paling penting sekali kita tahu hargai masa. masa kan umpama emas. takkanlah kita nak bagi emas tu diambil orang dengan sewenangnya, ye tak?? huhu...

3. Jangan sekali-kali menunda belajar
Kebanyakan pelajar ada yang suka dan tidak suka dalam matapelajaran. Nampaknya, jika kamu tidak suka dengan pelajaran tersebut akan mudah menunda belajar, dan lebih memilih kegiatan lain. yes..! memang betul pun kan?? Nah, pelajar yang berjaya, biasanya tidak pernah menunda sesi belajar meski sibuk sekalipun. Jika kamu melakukan penundaan, maka masalah akan bertimpa-timpa dan ini menjadi penyebab kegagalan dalam belajar. Jadi, sekali-kali jangan menunda belajar!

4. Dahulukan pelajaran yang paling susah
haa..! hal ini kerana pelajaran yang sulit memerlukan konsentrasi yang tinggi, usaha dan mental pelajar. Maka dahulukan dan jadikan perhatian yang utama. jika kamu mulakan dengan yang susah, percaya atau tidak, ini akan menjadikan kamu menjadi pelajar yang meningkat dan sangat efektif bagi setiap pembelajaran kamu.

5. Jangan biarkan ada gangguan selama belajar
Perkara yang boleh menenangkan itu perlu dicari. Kerana itu, carilah tempat belajar yang aman dari gangguan. Sebab, saat kamu terganggu, maka ini akan mengganggu konsentrasi belajar dan ini sungguh mengganggu pembelajaran kamu. Tapi, ada sesetengah orang, sambil study, dia akan mendengar muzik @ lagu.. Tapi janganlah muzik yang terlalu keras, kerana bimbang akan mengganggu konsentrasi semasa belajar. Cadangan yang baik ialah dengar lagu yang bernada lembut atau romantik gituu... hehe