Assalamualaikum sahabat...
Hari ini seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak kes perpecahan keluarga yang berlaku di negara kita. Contohnya, anak lari rumah, anak gadis ikut kekasih, mencuri, membunuh, merompak, pengambilan dadah, dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya ada beberapa cara untuk mnegekalkan hubungan kekeluargaan. Memang betul bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya", tetapi ianya bagi mengelakkan perkara seperti ini berleluasa dalam keluarga kita sendiri walaupun rebung sudah menjadi buluh.
Pertamanya, hubungan kekeluargaan harus dipupuk pada peringkat akar umbinya dan ibu bapa seharusnya sedar betapa institusi keluarga ini merupakan pokok pangkal kehidupan kita. Tapi bila perkara-perkara negatif seperti ini berlaku disebabkan pengaruh orang sekeliling, maka kita perlu vepat-cepat elakkannya agar tidak menjadi perkara yang besar.
Kedua ialah pegangan agama harus diperkukuh dari awal lagi agar remaja yang akan membesar ini dapat menagkis segala pengaruh negatif yang semakin berleluasa. Ibu bapa perlu menjaga segala kewajipan mereka. Contohnya, selalu bertanyakan adalh mereka sudah solat atau belum, apa aktiviti yang dilakukan pada hari ini, dengan siapa mereka berkawan. dan sebagainya. perkara-perkara ini sememangnya perlu dititikberatkan samada terhadap anak lelaki mahupun perempuan. kalau tidak, mereka akan jadi anak yang sosial.
Ketiga ialah ibu bapa harus meluangkan masa yang banyak bersama keluarga, mendengar masalah anak-anak, dan melayan kerenah anak-anak yang sebenarnya menuntut perhatian mereka. Anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang sekeliling, especially from their family. seperti saya sendiri, saya seorang anak yang sangat MANJA. Dengan siapa pun saya berkawan, saya sudah terbiasa dengan perangai yang sebegitu. Hal ini disebabkan saya sudah terbiasa dan diterapkan dengan nilai kasih sayang.
Keempat, ibu bapa harus juga bijak menangani masalah yang timbul agar tidak terlalu memberikan tekanan kepada anak-anak yang bermasalah. Siapa yang inginkan tekanan dalam hidup? Setiap manusia perlukan ketenangan. Penat sangat nak fikir masalah yang kita hadap. Jadi, ibu bapa perlu selalu tanya ''ada apa-apa masalah dekat sekolah hari ini?'', ''macam mana dengan cikgu, ok tak?'', dan sebagainya. Hal ini perlu diambil tahu oleh ibu bapa, agar mereka tahu di mana kelamahan dan kelebihan anak-anak mereka.
Kelima ialah ibu bapa harus prihatin dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku kepada anak-anak walaupun sedikit kerana pencegahan peringkat awal adalah lebih mudah. Perkara seperti biasanya akan ditanya kepada anak perempuan. Sebab, anak perempuan perlu dijaga bagai menatrang minyak yang penuh. Dan selain itu, mahkota mereka perlu dijaga dengan sebaiknya. Hal ini bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa rogol, culik, dan lain-lain.
Okey! Rasanya sampai disini sajalah serba sedikit yang dapat saya bantu pada mereka yang punyai masalah dalam perhubungan, terutamanya orang yang p[aling kita sayang dan orang terdekat. So, jagalah hubungan kita sesama keluarga dan most important hubungan sesama umat Islam. :)
jadi marilah kita sama sama mengelakkan diri dari semua masalah ini hehe :)
ReplyDeletehaha... jom!
ReplyDeletesalam... kalau salah seorg keluarga kite tu musuh dlm selimut apakah lagkh penting untk mngawal perpecahan dlm kluarga???
ReplyDeletetakde karangan tentang cara² mengeratkan hubungan kekeluargaan ke? nanti kalau ada please email saya aizasyuhada902@gmail.com
ReplyDelete