Assalamualaikum semua...! :)
Macam mana keadaan anda semua di akhir-akhir Ramadhan ni? Diharapkan segalanya berjalan dengan lancar dan baik... Mesti dah shopping sakan.. Beli baju raya, kuih raya, kasut raya, tudung raya, dan macam-macam RAYA lagi lah... Kalau bab-bab shopping ni, mesti tak putus-putu tangan.. Maklumlah, dah rambang mata masing-masing..
Jadi, disini saya ingin sertakan beberapa 'Petua Beraya Dengan Ceria'.. Ehhh, nak beraya pun ada PETUA tau.. hehe..
Insha Allah, pada esok hari kita akan sama-sama meraikan hari raya Aidilfitri, bukan sahaja hari untuk meraikan kemenangansetelah menghadapi segala ujian dan cabaran ketika berpuasa, malah sinonim dengan hari untuk berkumpul bersama ahli keluarga tersayang. Tujuan saya berkongsi petua ini adalah semoga anda belajar menerima keunikantersebut dan meraikan hari raya ini dengan suasana yang ceria tanpa mengira dengan siapa anda meraikannya.
Pertama : Bersedia lebih awal. Saya yakin ramai yang menyediakan segala kelengkapan untuk beraya lebih awal. Tidak kurang juga yang menunggu saat-saat akhir. Isu yang berkait dengan persediaan ini adalah faktor kewangan. Dalam keadaan ini, perempuan terutamanya perlu bijak merancang. Bukan dengan cara menggunakan segala pendapatan ibu bapa mahupun PTPTN anda tuu, tetapi berdikit-dikit menabung dari peringkat awal. Usahakan untuk persediaan keperluan sahaja, bukan kemewahan. kita tidak perlu bersaing dengan orang lain dan mengikut emosi. Baju sepasang pun dah kira ok la tu. Lagipun pakai baju kurung or baju melayu hanya pakai masa raya pertama je, betul tak?
Kedua : Persediaan mental dan fizikal. Adakalanya berkumpul bersama ahli keluarga bukan satu kegembiraan, sebaliknya menyakitkan hati kerana hal-hal lama yang mengguris hati anda timbul semula. mesti ada punya antara sepupu sepapat korang, kan?? Jadi, jika anda berdepan isu ini, usahakan untuk tampil bersahaja seolah-olah kisah lama itu tiada lagi diminda. Ya! Berpura-pura agar suasana yang sepatutnya ceria boleh kekal ceria. Jangan fikirkan emosi sendiri semata-mata tetapi kenangkan juga emosi ibu bapa yang pastinya tidak gembira jika mereka sedar ada yang tidak kena antara anda dengan saudara lain. Cara terbaik untuk meneruskan hidup bersama kenangan silam yang masih kekal dalam ingatan ialah dengan membenarkan minda anda ditambah dengan kenangan-kenangan baru yang boleh membahagiakan kehidupan anda.
Ketiga : Kenang ibu bapa. Saya yakin, ada yang terfikir tidak mahu pulang ke kampung disebabkan kisah silam. Kita tidak tahu bila ajal bakal menjemput. Jika bukan kedua orang tua kita, mungkin kita sendiri yang dijemput dulu. Selagi ada hayat dipinjamkan-Nya, gunakan kesempatan yang ada umtuk menceriakan hati kedua-dua ibu bapa anda. Keceriaan yang diberikan buat ibu dan bapa juga kebahagiaan untuk diri anda. Walaupun mungkin bukan sekarang, tapi mungkin bagi detik-detik akan datang. Anda tidak akan rugi sedikit pun kerana telah membahagiakan kedua-dua ibu bapa anda. Mungkin pada masa akan datang, kita membahagiakan kedua-dua ibu bapa mentua pula, kan?? :)
Jadi, dikesempatan ini, saya ingin mengucapakn Selamat Hari Raya kepada semua Blogger-blogger sekalian. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, perilaku, percakapan yang mengguris hari anda semua. Semoga Raya ni dapat kita mengeratkan silaturrahim antara kita semua. Salam ~
(^^,) saya pon mntk maaf kalau ada silap dan slah sepanjang psahabatan kite ni... huhuhuhu
ReplyDelete