Thursday, September 26, 2013

TIPS DAN TRIK BELAJAR YANG EFEKTIF


hoyeaahhh..! tak lame lagi kita semua bakal menduduki peperiksaan akhir kan?? jadi, tak salah rasanya kalau saya nak share sedikit tips dengan anda semua.. huhu... jom!

1. Jangan paksa belajar pada satu kegiatan
Bagi warga pelajar yang istiqamah (rutin) belajar, ia akan meluangkan waktu setiap hari meskipun sebentar untuk mengulangkaji pelajaran, latihan atau sekadar membaca apa sahaja. Kebiasaannya hal ini adalah sangat baik, jika dilakukan setiap hari. Oleh itu, lebih baik kita belajar satu sesi menjelang ujian, atau semester. seperti kata pepatah: “Sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.” Dalam erti kata lain, awal-awal kita belajar dulu, sebelum pensyarah ajar benda yang baru. Sekurang-kurangnya semasa pensyarah dok ajar kat depan, kita sudah faham sedikit, kan? Jadi, senanglah untuk kita bersoal jawab dengan pensyarah nanti.

2. Belajar memiliki jadual sendiri
Rencana belajar maksudnya adalah memiliki jadual-jadual belajar di luar sekolah. Buatlah jadual belajar harian, mingguan jam demi jam. Lalu kita usahakan dengan tegas, dan tepati semua jadual yang kamu buat. Bagi warga belajar yang tidak teratur, biasanya tidak sebagus yang memiliki rencana dan rutin belajar. Jadi, bila kita dah ada jadua belajar sendiri, perlulah patuhinya.. Nak tahu sebabnya? sebabnya,, dari situlah kita akan jadi seorang yang disiplin dalam belajar, dan paling penting sekali kita tahu hargai masa. masa kan umpama emas. takkanlah kita nak bagi emas tu diambil orang dengan sewenangnya, ye tak?? huhu...

3. Jangan sekali-kali menunda belajar
Kebanyakan pelajar ada yang suka dan tidak suka dalam matapelajaran. Nampaknya, jika kamu tidak suka dengan pelajaran tersebut akan mudah menunda belajar, dan lebih memilih kegiatan lain. yes..! memang betul pun kan?? Nah, pelajar yang berjaya, biasanya tidak pernah menunda sesi belajar meski sibuk sekalipun. Jika kamu melakukan penundaan, maka masalah akan bertimpa-timpa dan ini menjadi penyebab kegagalan dalam belajar. Jadi, sekali-kali jangan menunda belajar!

4. Dahulukan pelajaran yang paling susah
haa..! hal ini kerana pelajaran yang sulit memerlukan konsentrasi yang tinggi, usaha dan mental pelajar. Maka dahulukan dan jadikan perhatian yang utama. jika kamu mulakan dengan yang susah, percaya atau tidak, ini akan menjadikan kamu menjadi pelajar yang meningkat dan sangat efektif bagi setiap pembelajaran kamu.

5. Jangan biarkan ada gangguan selama belajar
Perkara yang boleh menenangkan itu perlu dicari. Kerana itu, carilah tempat belajar yang aman dari gangguan. Sebab, saat kamu terganggu, maka ini akan mengganggu konsentrasi belajar dan ini sungguh mengganggu pembelajaran kamu. Tapi, ada sesetengah orang, sambil study, dia akan mendengar muzik @ lagu.. Tapi janganlah muzik yang terlalu keras, kerana bimbang akan mengganggu konsentrasi semasa belajar. Cadangan yang baik ialah dengar lagu yang bernada lembut atau romantik gituu... hehe

Friday, August 30, 2013

HARGAI HUBUNGAN PERSAHABATAN

Memiliki sahabat tentunya menyenangkan.. Dialah insan yang selalu ada disaat kita jatuh dan memerlukan.. Mereka ada disaat kita sedang suka atau berduka.. Mempertahankan hubungan persahabatan memang sukar,, kadang-jadang persahabatan boleh retak kerana satu hal.. Jadi, kat bawah ni ada beberapa tips untuk menjaga persahabatan agar tetap kekal.. :)

1. JUJUR
Jujur adalah syarat utama dalam membangunkan persahabatan yang terjalin.. Dengan adanya kejujuran,, awak dan sahabat akan semakin terhubung dalam ikatan batin yang kuat.

2. MENGATASI PERSILISIHAN FAHAM
Segala bentuk kesalahfahaman sebaiknya cepat-cepatlah selesaikannya agar tidak berpanjangan atau berlarutan.. Sebab jika dibiarkan, kesalahfahaman tesebut boleh menghancurkan persahabatan awak.. Contohnya, perkara yang kecil yang boleh diselesaikan, di panjang-panjangkan pula..

3. MINTA MAAF
Tidak ada satu orang pun yang sempurna di dunia ini.. Jadi, jangan takut untuk meminta maaf jika ada yang buat salah.. Sebaliknya, jika ada sahabat yang buat salah tu, maafkanlah dia..

4. TERIMA KASIH
Selain minta maaf, mengucapkan terima kasih terkadang juga masih sering diabaikan oleh sesetengah orang.. Sedangkan ucapan terima kasih benar-benar boleh membuat persahabatn semakin kuat..

5. MENJAGA RAHSIA
Satu perkara yang tidak disukai oleh seseorang ialah kebiasaan mulut yang bercerita sana sini.. Buanglah jauh-jauh sifat ini kerana sangat merugikan orang lain dan bagi diri sendiri.. Belajarlah untuk menjaga rahsia sahabat anda.. :)



Thursday, August 22, 2013

RIMAS DIKAWAL

Assalamualaikum kawan-kawan...

Hye semua! Harini saya ada something nak kongsi sikit ni. It is about relationship kita dengan pasangan kita sendiri. Apa orang selalu cakap tu, alaaa queen control, king control... Tapi selalunya, yang menjadi si 'control; ni adalah perempuan, betul tak? Memang menjadi lunrah wanita apabila bercinta, tidak memberikan kebebasan kepada lelaki. Haishh...

Alahai! Baru beberapa jam saja jumpa, takkan nak jumpa lagi? Asyik nak berkepit. Begitu juga apabila si kekasih dapat tahu ada nama perempuan lain tertera dalam handphone boyfriend, pasti kena soal bertubi-tubi. Belum lagi berkahwin atau bertunang tapi hidup macam dalam penjara, dikawal selia setiap masa. Jika keluar dengan maka atau adik-beradik juga perlu diberitahu kepadanya.

Memang satu masalah besar juga kalau secara tiba-tiba telefon kehabisan bateri atau tertinggal di rumah. Apabila pulang ke rumah dan meneliti telefon bimbit, hampir 100 missed calls.

Perempua harus menyedari bahawa tidak semua lelaki mahu dikawal. Mereka punya keinginan sendiri untuk meluangkan masa bersama teman lain dengan aktiviti tertentu, bukannya menghabiskan masa yang ada dengan si 'queen control' saja.

Bukan curang atau membuat skandal dengan wanita lain, tapi keluar bersama dengan sahabat lelaki. Jika ada kawan perempuan juga,apa salahnya? Asalkan tidak melampaui batas sebagai seorang kawan. Pada awal perhubungan, sikap buruk ini nampak. Namun, bila usia hubungan menjangkau 1 tahun ke 2 tahun, wanita akan cenderung mengawal setiap pergerakan boyfriend korang, kan?

Bagaimana pula dengan lelaki? Adakah lelaki juga ada yang bersikap 'king control'? Mungkin hanya 30% je. Tapi, ada juga yang beranggapan lelaki dengan perempuan sama je, kuat mengawal mengawal kerana ragu denga kesetiaan yang ditonjolkan kekasih. Sedangkan kepercayaan adalah dinding pengukuh hubungan.

Memang kelakar bila terjumpa remaja yang bersikap optimis. Terlalu yakin akan bertemu jodoh dengan lelaki atau perempuan yang dicintai sekian lama. Bagaimana jika dijodohkan dengan orang lain? Bayangkanlah! haha...

Rimas dikawal setiap masa membuatkan lelaki akan mula memandang perempuan lain. Barangkali wanita yang baru dikenali dapat memberikan kebebasan kepada lelaki untuk bertindak sendiri tanpa perlu dikongkong. Contohnya, lelaki akan meninggalakan kekasihnya kerana rimas dikawal sehingga tidak berpeluang untuk berjumpa dengan rakan lain. Yang akhirnya, lelaki akan membuat keputusan untuk meninggalkan kekasihnya itu dan beranggapan keadaan akan lebih parah bila mendirikan rumah tangga nanti. Lelaki tidak suka dikongkong dan disoal selidik sepanjang masa oleh kekasih. Mereka berasa dirinya tidak dipercayai dan seolah-olah tidak setia.

Bila terjadinya anggapan itu, lelaki akan melakukannya secara realiti sehingga perempuan mendapat ganjaran setimpal seperti ditinggalkan dan tidak dipedulikan lagi. 'Queen control' yang terlalu mengawal pergerakan boyfriend sampai tak mampu bersuara untuk melahirkan pandangan sendiri adalah tindakan negatif yang tidak harus wujud dalam hubungan cinta.

5 perkara lelaki ingin disisi wanita

1. Terima seadanya
Perkara yang paling penting adalah anda mengetahui mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki menjadi orang lain. Jika seseorang perempuan ingin mengubah personaliti teman lelaki, berkemungkinan lelaki itu tidak menyukai perempuan itu. Terima lelaki seadanya sepertimana mereka sudi menerima anda.

2. Memahami setiap lelaki
Cuba memahami sikap dan tingkah laku lelaki. Kemudian menyesuaikan sikap itu dengan diri anda. Adalah lebih baik cuba mengubahnya dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan diri anda. Asalkan tidak bertentangan dengan agama dan budaya.

3. Cuba memujuk
Siapalah anda untuk mengubah seseorang itu melainkan dengan kerelaan hatinya sendiri tanpa ada sebarang paksaan dan desakan daripada orang lain. Cuba dulu pada diri sendiri dengan berubah ke arah yang lebih baik lalu mengajaknya pula untuk memperbaiki diri.

4. Saling mempercayai
Jika anda tidak mempercayai lelaki, jangan harap lelaki akan mempercayai diri anda. Untuk membuatkan diri tidak dipercayai bukannya payah, dan untuk membuatkan orang percaya kepada anda bukan mudah.

5. Jangan merendahkan martabat lelaki
Apabila berkahwin, lelaki adalah ketua dalam rumah tangga. Maka perempuan jangan sesekali mengecilkan hati seorang lelaki dan membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Kemudian membuatkan lelaki berdiam diri dan tertekan dengan sikap anda itu.

Monday, August 12, 2013

MENAHAN JIWA

Assalamualaikum semua...

Haa...! mesti semua tertanya-tanya, apa yang saya cuba sampaikan maksud dengan menahan jiwa ni kan? Baiklah, sebelum itu, masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin... Bagaimana dengan puasa, cukup tak? Haa...! Cakap tentang puasa ni, inilah yang saya nak kongsi serba sedikit sebenarnya... Jom...!

Pengertiannya menyeluruh. Puasa bukan hanya tidak makan dan minum pada waktu siang hingga Maghrib tapi seseorang itu juga harus menjaga tertib diri, mengawal semua pancaindera daripada melakukan dosa termasuk mengata, berprasangka buruk dan sebagainya. Itulah satu aspek yang seringkali diambil ringan masyarakat kita khususnya anak muda. Cukupkahh tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan hanya tidak makan dan merokok pada siang hari sedangkan tuntutan lain diketepikan?

Salah dan itu satu kesilapan besar yang sepatutnya dipandang serius bagi memastikan puasa kita sempurna. Bagaimana kita hendak memastikan puasa sebulan Ramadhan benar-benar memberikan kesan kepada diri? Jawapannya mudah seperti diterangkan dalam pelbagai tulisan sebelum ini.

Tujuan ibadat puasa disyariatkan untuk melahirkan mukmin berjiwa bersih. Puasa paling berkesan ialah puasa mengikut segala tatacara digariskan Islam termasuk menahan diri daripada segala perlakuan yang membatalkannya. Selain memperbanyakkan zikir dan syarat sah puasa lain, menjaga telinga supaya tidak mendengar kata-kata umpatan. Inilah cara paling berkesan untuk menjadikan puasa yang sedang kita lakukan itu berkesan dan diterima. Pendek kata, puasa berkesan itu ialah puasa yang bukan sekadar melepaskan batuk ditangga saja, tapi memerlukan kepada iltizam terhadap syarat, adab dan rukun digariskan syariat Islam sepenuhnya.

Nak hitung pahala
Sayangnya, lebih ramai pula anak muda kita yang mengisi masa terluang dan saat bosan menunggu waktu berbuka itu dengan mengumpat dan memburukkan orang lain. Malah ada juga yang dengan beraninya memfitnah dan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum. "Kau tahu tak, semalam aku ternampak dia dengan bos kita. Kan aku dah cakap, kau yang tak nak percaya,". Itu contoh terbaik perbuatan sia-sia kebanyakan orang kita, Perut tahan lapar tapi mulut langsung tak dipelihara. Kesannya, pahala puasanya entah bagaimana untuk dihitung dan mereka yang mendengar juga terperangkap kerana gagal memelihara telinga untuk menjauhi kata-kata jahat seperti ini. 

Belum lagi pasangan kekasih yang kuat cemburu dan sentiasa berfikiran negatif terhadap pasangannya pada bulan puasa. Pantang sekejap kekasih hilang atau lambat membalas mesejnya, terus dituduh macam-macam. Paling epik adalah sikap kebanyakan masyarakat kita yang masih tebal sikap iri hati dan hasad dengki terutamanya di pejabat atau institusi pengajian tinggi, Walaupun depan baik dan senyum lebar, tapi rupa-rupanya di belakang menyimpan rasa tidak puas hati walaupun sudah tinggal sejam untuk berbuka.

Beberapa situasi kelakar yang berlaku sepanjang bulan puasa dalam kalangan anak muda kita adalah pasangan kekasih akan cuba mengelakkan daripada berpegang tangan ataupun melakukan aktiviti maksiat seperti bulan lain. Bagaimanapun, waktu malam akan ada ruang terkecuali iaitu boleh berpegang tangan kononnya sudah tidak dalam waktu berpuasa. Ada juga yang mengenakan konsep bertudung sepanjang bulan puasa tapi sebaliknya bila tiba Aidilfitri, baju macam tak cukup kain. Itulah realitinya remaja dengan ideologi dan konsep masing-masing.

Lagi satu hal yang agak memusykilkan saya ialah tentang solat. Ada kawan saya puasanya pebuh tapi tak pernah sekali bersolat sepanjang Ramadhan. Jangankan solat sunat tarawikh, yang wajib pun susah nak tengok dia pegang sejadah.

Jauhilah prasangka buruk dan iri hati
Kenapa manusia perlu iri hati? Maksud iri hati berasal daripada perasaan tidak puas terhadap dirisendiri kerana melihat kesenangan orang lain. Rasa iri hati boleh melanda sesiapa saja dan di mana saja. Bayangkan, di masjid atau surau pun ada berlakunya sikap jahat ini. Senario berlakunya rasa iri hati ini kerana orang lain lebih menonjol kepandaiannya mengurus aktiviti masjid atau surau. Jika di tempat kerja, ada iri hati pada rakan sekerja yang lebih berjaya dan menduduki jawatan lebih tinggi, dan di dalam keluarga irihati kerana kakak atau adik lebih diperhatikan oleh ibu bapa dan sebagainya.

Perlu kita sedari bahawa perasaan iri hati tidak membawa kebaikan kepada kita, malah iri hati tidak merugikan orang lain selain diri kita sendiri. Mengapa perlu menyeksa diri sendiri? Orang yang iri hati akan rasa berduka cita atas kejayaan orang lain dan sebaliknya ia bersuka cita atas kegagalan orang lain. Ia tidak suka apabila ada orang lain lebih baik atau lebih berjays daripada dirinya.

Manusia jenis ini juga cenderung kepada suka membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain, akibatnya diri sendiri menjadi sangat tertekan. Oleh itu, harus segera buang perasaan ini kerana di mana pun kita berada pasti akan bertemu dengan orang yang mungkin lebih baik atau lebih berjaya berbanding diri kita. Oleh itu, kita harus segera menilai diri sendiri, apa yang membuat kita menjadi iri hati terhadap orang lain. Daripada membuang masa dan tenaga untuk berasa iri hari, belajarlah melihat potensi terbaik yang ada dalamdiri kita untuk mencapai kejayaan seperti orang lain. 

Apabila kita fokus pada apa yang kita miliki, sudah tentu kita akan rasa bersyukur dalam apa keadaan sekalipun. Namun, apabila kita terlalu memikirkan apa yang tidak kita miliki dan melihat kelebihan orang lain, maka kita akan selalu berfikiran negatif dan tidak pernah rasa bersyukur. Justeru, marilah sama-sama kita jauhi sifat iri hati,buruk sangka, hasad dengki terhadap seseorang dan yakinlah berlakunya sesuatu peritiwa itu kerana ketentuan dan takdir bukan kerana adanya sial pada sesuatu perkara. Jika kita jauhi sifat ini, maka kita akan menjadi hamba yang bersyukur dan memiliki akhlak mulia. Fikirkanlah kawan-kawan dengan untuk kita membezakan ssesuau yang baik dan yang buruk.

Tuesday, August 6, 2013

PETUA BERAYA DENGAN CERIA

Assalamualaikum semua...! :)

Macam mana keadaan anda semua di akhir-akhir Ramadhan ni? Diharapkan segalanya berjalan dengan lancar dan baik... Mesti dah shopping sakan.. Beli baju raya, kuih raya, kasut raya, tudung raya, dan macam-macam RAYA lagi lah... Kalau bab-bab shopping ni, mesti tak putus-putu tangan.. Maklumlah, dah rambang mata masing-masing..

Jadi, disini saya ingin sertakan beberapa 'Petua Beraya Dengan Ceria'.. Ehhh, nak beraya pun ada PETUA tau.. hehe.. 

Insha Allah, pada esok hari kita akan sama-sama meraikan hari raya Aidilfitri, bukan sahaja hari untuk meraikan kemenangansetelah menghadapi segala ujian dan cabaran ketika berpuasa, malah sinonim dengan hari untuk berkumpul bersama ahli keluarga tersayang. Tujuan saya berkongsi petua ini adalah semoga anda belajar menerima keunikantersebut dan meraikan hari raya ini dengan suasana yang ceria tanpa mengira dengan siapa anda meraikannya.

Pertama : Bersedia lebih awal. Saya yakin ramai yang menyediakan segala kelengkapan untuk beraya lebih awal. Tidak kurang juga yang menunggu saat-saat akhir. Isu yang berkait dengan persediaan ini adalah faktor kewangan. Dalam keadaan ini, perempuan terutamanya perlu bijak merancang. Bukan dengan cara menggunakan segala pendapatan ibu bapa mahupun PTPTN anda tuu, tetapi berdikit-dikit menabung dari peringkat awal. Usahakan untuk persediaan keperluan sahaja, bukan kemewahan. kita tidak perlu bersaing dengan orang lain dan mengikut emosi. Baju sepasang pun dah kira ok la tu. Lagipun pakai baju kurung or baju melayu hanya pakai masa raya pertama je, betul tak?

Kedua : Persediaan mental dan fizikal. Adakalanya berkumpul bersama ahli keluarga bukan satu kegembiraan, sebaliknya menyakitkan hati kerana hal-hal lama yang mengguris hati anda timbul semula. mesti ada punya antara sepupu sepapat korang, kan?? Jadi, jika anda berdepan isu ini, usahakan untuk tampil bersahaja seolah-olah kisah lama itu tiada lagi diminda. Ya! Berpura-pura agar suasana yang sepatutnya ceria boleh kekal ceria. Jangan fikirkan emosi sendiri semata-mata tetapi kenangkan juga emosi ibu bapa yang pastinya tidak gembira jika mereka sedar ada yang tidak kena antara anda dengan saudara lain. Cara terbaik untuk meneruskan hidup bersama kenangan silam yang masih kekal dalam ingatan ialah dengan membenarkan minda anda ditambah dengan kenangan-kenangan baru yang boleh membahagiakan kehidupan anda. 

Ketiga : Kenang ibu bapa. Saya yakin, ada yang terfikir tidak mahu pulang  ke kampung disebabkan kisah silam. Kita tidak tahu bila ajal bakal menjemput. Jika bukan kedua orang tua kita, mungkin kita sendiri yang dijemput dulu. Selagi ada hayat dipinjamkan-Nya, gunakan kesempatan yang ada umtuk menceriakan hati kedua-dua ibu bapa anda. Keceriaan yang diberikan buat ibu dan bapa juga kebahagiaan untuk diri anda. Walaupun mungkin bukan sekarang, tapi mungkin bagi detik-detik akan datang. Anda tidak akan rugi sedikit pun kerana telah membahagiakan kedua-dua ibu bapa anda. Mungkin pada masa akan datang, kita membahagiakan kedua-dua ibu bapa mentua pula, kan?? :)

Jadi, dikesempatan ini, saya ingin mengucapakn Selamat Hari Raya kepada semua Blogger-blogger sekalian. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, perilaku, percakapan yang mengguris hari anda semua. Semoga Raya ni dapat kita mengeratkan silaturrahim antara kita semua. Salam ~

Sunday, July 28, 2013

CARA MENGEKALKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Assalamualaikum sahabat...
 
Hari ini seperti yang kita sedia maklum, terdapat banyak kes perpecahan keluarga yang berlaku di negara kita. Contohnya, anak lari rumah, anak gadis ikut kekasih, mencuri, membunuh, merompak, pengambilan dadah, dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya ada beberapa cara untuk mnegekalkan hubungan kekeluargaan. Memang betul bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya", tetapi ianya bagi mengelakkan perkara seperti ini berleluasa dalam keluarga kita sendiri walaupun rebung sudah menjadi buluh. 
 
Pertamanya, hubungan kekeluargaan harus dipupuk pada peringkat akar umbinya dan ibu bapa seharusnya sedar betapa institusi keluarga ini merupakan pokok pangkal kehidupan kita. Tapi bila perkara-perkara negatif seperti ini berlaku disebabkan pengaruh orang sekeliling, maka kita perlu vepat-cepat elakkannya agar tidak menjadi perkara yang besar.
 
Kedua ialah pegangan agama harus diperkukuh dari awal lagi agar remaja yang akan membesar ini dapat menagkis segala pengaruh negatif yang semakin berleluasa. Ibu bapa perlu menjaga segala kewajipan mereka. Contohnya, selalu bertanyakan adalh mereka sudah solat atau belum, apa aktiviti yang dilakukan pada hari ini, dengan siapa mereka berkawan. dan sebagainya. perkara-perkara ini sememangnya perlu dititikberatkan samada terhadap anak lelaki mahupun perempuan. kalau tidak, mereka akan jadi anak yang sosial.
 
Ketiga ialah ibu bapa harus meluangkan masa yang banyak bersama keluarga, mendengar masalah anak-anak, dan melayan kerenah anak-anak yang sebenarnya menuntut perhatian mereka. Anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada orang sekeliling, especially from their family. seperti saya sendiri, saya seorang anak yang sangat MANJA. Dengan siapa pun saya berkawan, saya sudah terbiasa dengan perangai yang sebegitu. Hal ini disebabkan saya sudah terbiasa dan diterapkan dengan nilai kasih sayang.
 
Keempat, ibu bapa harus juga bijak menangani masalah yang timbul agar tidak terlalu memberikan tekanan kepada anak-anak yang bermasalah. Siapa yang inginkan tekanan dalam hidup? Setiap manusia perlukan ketenangan. Penat sangat nak fikir masalah yang kita hadap. Jadi, ibu bapa perlu selalu tanya ''ada apa-apa masalah dekat sekolah hari ini?'', ''macam mana dengan cikgu, ok tak?'', dan sebagainya. Hal ini perlu diambil tahu oleh ibu bapa, agar mereka tahu di mana kelamahan dan kelebihan anak-anak mereka.
 
Kelima ialah ibu bapa harus prihatin dan sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku kepada anak-anak walaupun sedikit kerana pencegahan peringkat awal adalah lebih mudah. Perkara seperti biasanya akan ditanya kepada anak perempuan. Sebab, anak perempuan perlu dijaga bagai menatrang minyak yang penuh. Dan selain itu, mahkota mereka perlu dijaga dengan sebaiknya. Hal ini bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa rogol, culik, dan lain-lain.
 
Okey! Rasanya sampai disini sajalah serba sedikit yang dapat saya bantu pada mereka yang punyai masalah dalam perhubungan, terutamanya orang yang p[aling kita sayang dan orang terdekat. So, jagalah hubungan kita sesama keluarga dan most important hubungan sesama umat Islam. :)