Memiliki sahabat tentunya menyenangkan.. Dialah insan yang selalu ada disaat kita jatuh dan memerlukan.. Mereka ada disaat kita sedang suka atau berduka.. Mempertahankan hubungan persahabatan memang sukar,, kadang-jadang persahabatan boleh retak kerana satu hal.. Jadi, kat bawah ni ada beberapa tips untuk menjaga persahabatan agar tetap kekal.. :)
1. JUJUR
Jujur adalah syarat utama dalam membangunkan persahabatan yang terjalin.. Dengan adanya kejujuran,, awak dan sahabat akan semakin terhubung dalam ikatan batin yang kuat.
2. MENGATASI PERSILISIHAN FAHAM
Segala bentuk kesalahfahaman sebaiknya cepat-cepatlah selesaikannya agar tidak berpanjangan atau berlarutan.. Sebab jika dibiarkan, kesalahfahaman tesebut boleh menghancurkan persahabatan awak.. Contohnya, perkara yang kecil yang boleh diselesaikan, di panjang-panjangkan pula..
3. MINTA MAAF
Tidak ada satu orang pun yang sempurna di dunia ini.. Jadi, jangan takut untuk meminta maaf jika ada yang buat salah.. Sebaliknya, jika ada sahabat yang buat salah tu, maafkanlah dia..
4. TERIMA KASIH
Selain minta maaf, mengucapkan terima kasih terkadang juga masih sering diabaikan oleh sesetengah orang.. Sedangkan ucapan terima kasih benar-benar boleh membuat persahabatn semakin kuat..
5. MENJAGA RAHSIA
Satu perkara yang tidak disukai oleh seseorang ialah kebiasaan mulut yang bercerita sana sini.. Buanglah jauh-jauh sifat ini kerana sangat merugikan orang lain dan bagi diri sendiri.. Belajarlah untuk menjaga rahsia sahabat anda.. :)
kalau kawan kite mulot celupar, apakah langkah yg baik untuk menjaga hubungan sbgai kwn???
ReplyDelete