Thursday, August 22, 2013

RIMAS DIKAWAL

Assalamualaikum kawan-kawan...

Hye semua! Harini saya ada something nak kongsi sikit ni. It is about relationship kita dengan pasangan kita sendiri. Apa orang selalu cakap tu, alaaa queen control, king control... Tapi selalunya, yang menjadi si 'control; ni adalah perempuan, betul tak? Memang menjadi lunrah wanita apabila bercinta, tidak memberikan kebebasan kepada lelaki. Haishh...

Alahai! Baru beberapa jam saja jumpa, takkan nak jumpa lagi? Asyik nak berkepit. Begitu juga apabila si kekasih dapat tahu ada nama perempuan lain tertera dalam handphone boyfriend, pasti kena soal bertubi-tubi. Belum lagi berkahwin atau bertunang tapi hidup macam dalam penjara, dikawal selia setiap masa. Jika keluar dengan maka atau adik-beradik juga perlu diberitahu kepadanya.

Memang satu masalah besar juga kalau secara tiba-tiba telefon kehabisan bateri atau tertinggal di rumah. Apabila pulang ke rumah dan meneliti telefon bimbit, hampir 100 missed calls.

Perempua harus menyedari bahawa tidak semua lelaki mahu dikawal. Mereka punya keinginan sendiri untuk meluangkan masa bersama teman lain dengan aktiviti tertentu, bukannya menghabiskan masa yang ada dengan si 'queen control' saja.

Bukan curang atau membuat skandal dengan wanita lain, tapi keluar bersama dengan sahabat lelaki. Jika ada kawan perempuan juga,apa salahnya? Asalkan tidak melampaui batas sebagai seorang kawan. Pada awal perhubungan, sikap buruk ini nampak. Namun, bila usia hubungan menjangkau 1 tahun ke 2 tahun, wanita akan cenderung mengawal setiap pergerakan boyfriend korang, kan?

Bagaimana pula dengan lelaki? Adakah lelaki juga ada yang bersikap 'king control'? Mungkin hanya 30% je. Tapi, ada juga yang beranggapan lelaki dengan perempuan sama je, kuat mengawal mengawal kerana ragu denga kesetiaan yang ditonjolkan kekasih. Sedangkan kepercayaan adalah dinding pengukuh hubungan.

Memang kelakar bila terjumpa remaja yang bersikap optimis. Terlalu yakin akan bertemu jodoh dengan lelaki atau perempuan yang dicintai sekian lama. Bagaimana jika dijodohkan dengan orang lain? Bayangkanlah! haha...

Rimas dikawal setiap masa membuatkan lelaki akan mula memandang perempuan lain. Barangkali wanita yang baru dikenali dapat memberikan kebebasan kepada lelaki untuk bertindak sendiri tanpa perlu dikongkong. Contohnya, lelaki akan meninggalakan kekasihnya kerana rimas dikawal sehingga tidak berpeluang untuk berjumpa dengan rakan lain. Yang akhirnya, lelaki akan membuat keputusan untuk meninggalkan kekasihnya itu dan beranggapan keadaan akan lebih parah bila mendirikan rumah tangga nanti. Lelaki tidak suka dikongkong dan disoal selidik sepanjang masa oleh kekasih. Mereka berasa dirinya tidak dipercayai dan seolah-olah tidak setia.

Bila terjadinya anggapan itu, lelaki akan melakukannya secara realiti sehingga perempuan mendapat ganjaran setimpal seperti ditinggalkan dan tidak dipedulikan lagi. 'Queen control' yang terlalu mengawal pergerakan boyfriend sampai tak mampu bersuara untuk melahirkan pandangan sendiri adalah tindakan negatif yang tidak harus wujud dalam hubungan cinta.

5 perkara lelaki ingin disisi wanita

1. Terima seadanya
Perkara yang paling penting adalah anda mengetahui mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki menjadi orang lain. Jika seseorang perempuan ingin mengubah personaliti teman lelaki, berkemungkinan lelaki itu tidak menyukai perempuan itu. Terima lelaki seadanya sepertimana mereka sudi menerima anda.

2. Memahami setiap lelaki
Cuba memahami sikap dan tingkah laku lelaki. Kemudian menyesuaikan sikap itu dengan diri anda. Adalah lebih baik cuba mengubahnya dengan sesuatu yang tidak sesuai dengan diri anda. Asalkan tidak bertentangan dengan agama dan budaya.

3. Cuba memujuk
Siapalah anda untuk mengubah seseorang itu melainkan dengan kerelaan hatinya sendiri tanpa ada sebarang paksaan dan desakan daripada orang lain. Cuba dulu pada diri sendiri dengan berubah ke arah yang lebih baik lalu mengajaknya pula untuk memperbaiki diri.

4. Saling mempercayai
Jika anda tidak mempercayai lelaki, jangan harap lelaki akan mempercayai diri anda. Untuk membuatkan diri tidak dipercayai bukannya payah, dan untuk membuatkan orang percaya kepada anda bukan mudah.

5. Jangan merendahkan martabat lelaki
Apabila berkahwin, lelaki adalah ketua dalam rumah tangga. Maka perempuan jangan sesekali mengecilkan hati seorang lelaki dan membandingkan dirinya dengan lelaki lain. Kemudian membuatkan lelaki berdiam diri dan tertekan dengan sikap anda itu.

1 comment:

  1. salam... kalau lelaki atau perempuan tu curang adakah berpisah jalan yg terbaik???

    ReplyDelete